Lama tak update blog. Nak bersihkan sesawang sikit la! Alang-alang sahabat saya ajak saya join jadi trainer untuk satu group Whatsapp fitness, benda yang saya share dekat sana saya share dekat sini juga la. Weight loss always my forever never ending battle. Saya mudah tewas dengan emosi dan bukan dengan makanan π. Jadinya, berat badan saya sentiasa turun naik sejak saya sertai JK1M musim pertama. Tapi Alhamdulillah dengan adanya ilmu yang diberi oleh Kevin Zahri dan Najaa, saya senang kembali ke gaya hidup sihat dan kurus dengan mudah. November tahun lalu, saya sangat terkejut bila berat saya mencecah angka 72kg. Sumpah macam orang baru lepas bersalin! π
Jadi start Januari, cuti dah tamat dan sekolah buka, saya bertekad mengurangkan berat badan yang macam di pam-pam ni.. Ni saya kongsikan serba sedikit ilmu yang saya tahu dan saya amalkan.1. Kira keperluan kalori kita.
Macam saya keperluan kalori saya 1200kcal (kalori) setiap hari. Saya akan pastikan 40-50% kalori ni diguna pada waktu makan pagi dan selebihnya diguna/diambil pada makan tengahari, makan malam dan juga snek(buah-buahan dan kekacang).
Kenapa perlunya kira kalori? Secara asasnya kalori yang diambil mestilah sama jumlah dengan kalori yang dibakar. Kalau kalori yang masuk banyak dari yang dibakar, ianya akan tersimpan sebagai lemak dan seterusnya menyumbang kepada kegemukan.
Susah ke nak kira kalori?
Tak susah pun! π semua orang sekarang ada smartphone, pergi ke Play Store or App Store dan download MyFitnessPal app. Dekat situ kita boleh key in jantina, berat semasa dan berat idaman kita. App ni umpama Diari Pemakanan kita. Setiap apa yang kita makan, kita key in untuk monitor jumlah kalori. Kajian menunjukkan mereka yang mengawasi jumlah kalori menggunakan diari ni lebih berjaya menurutkan berat badan berbanding mereka yang tidak. InsyaAllah lama-lama kita akan terbiasa dan tahu jumlah kalori tanpa menggunakan app ni pun! Macam saya, sekarang dah proπ€ tengok makanan pun dah boleh agak berapa kalori makanan tu.
2. Makan makanan sihat!
Diet cara saya lebih berkesan daripada Diet Atkin! Macam yakin je kan? Tapi memang yakin pun! Sebab yang perlu diubah adalah gaya hidup bukannya setakat pemakanan sahaja. Tapi jom kita cakap pasal makanan dulu. Kat atas tadi saya cerita pasal keperluan kalori kan? Ya, selagi portion (jumlah makanan) kita tak melebihi jumlah kalori yang dibakar, kita takkan gemuk! Tapi takkan nak kurus tapi kurang sihat? Macamana nak makan banyak tapi kalori kurang? Pilih makanan dengan bijak.
Kurangkan garam.
Kurangkan gula
No ajinomoto!
Makanan berlemak dan bersantan kurangkan, bukan tak makan langsung!
(Sentiasa ingat yang kita masih perlu lemak untuk badan kita tapi lemak yang baik macam dalam daging dan ikan)
Pilih snek yang baik untuk selang masa makan pagi dan tengahari serta makan malam seperti badam, buah-buahan dan bijirin.
Jauhi makanan berproses seperti sosej, nugget dan sepertinya. Nanti kita share resepi macamana buat nugget sedap tanpa bahan pengawet okay?
Lebihkan sayur-sayuran dalam masakan.
Tukar gaya masakan kepada lebih sihat sepeti bakar, kukus dan rebus. Suka makanan goreng? Goreng guna olive oil atau minyak yang sedikit atas non stick pan!
Minum banyak air! Leceh kan minum banyak air pastu nak kena pergi tandas je sebab asyik nak terkencing?
Kalau pergi tandas pun kita malas, janganlah berangan nak badan idaman! πππ
Saya suka bawak satu liter air pergi kerja sebab saya kerja sampai pukul 2. Kalau saya kerja lebih masa, saya akan bawa 2 liter air. Pergh, tandas terdekat pula blok sebelah. Saya kena turun tangga dan naik tangga lagi. Tapi nak kurus punya pasal saya gagahkan juga.
Lagi satu, saya suka letak chia seed dalam air saya. Nak jimat saya letak satu sudu kecil. Chia seed ni macam biji selasih. Bagus untuk metobolisma, usus, dan nak kurus! Pelajar saya selalu cakap saya minum air ada telur katak π Nak lagi best letak hirisan lemon! Detox terus. Yang best kalau kita guna bahan alami ni, tak kisah nak campur apa pun, insyaAllah selamat.
3. Supplement untuk kurus!
Mesti selalu dengar orang guna supplements mahal-mahal untuk kurus kan? Bullshit je semua tu π
Saya minum kopi tanpa gula je pagi-pagi sebelum makan untuk metobolisma dan fat burner!
Malam pula saya minum Green Tea Boh tu ... Settle! Esok confirm visit toilet! Hari-hari membuang π
Lagi satu, sebelum gosok gigi pagi, minum air masak k! Sunnah and it is good for our digestion.
Okay untuk kali ni, saya share 3 tips ni je dulu. Nanti korang cuba buat dan share progress dengan rakan baik anda. Jangan malu nak share gambar badan. Saya selalu share progress saya dengan kawan baik saya, Nurun Nadia. Kenapa saya buat macam tu? Macam syok sendiri je? No no no! Turunkan berat badan ni perlukan dorongan. We feel good if we show people our progress. Tapi kita kan nak kena jaga aurat kita? So share la dengan orang yang amanah. Yang kita percaya. So jangan segan untuk share pictures okay dearies semua?
Finally, our biggest enemy is our own mentality! Determination is the key!
P/s: lepas kawan/kawan semua berjaya buat tips2 kat atas ni, saya nak cerita kenapa ada orang berat 60kg lagi nampak gemuk daripada orang berat 65kg dan jenis-jenis senaman yang boleh buat kat rumah dengan anak-anak.

No comments:
Post a Comment